tangan, kaki dan mata gatal


Assalamualaikum. ni apa kes belum tidor lagi. tak baik untuk kesihatan tau diri dan baby dalam kandungan tau berjaga lewat malam. tiba-tiba pulak nak kasi tarbiah pagi-pagi dingin beku ni. i dah tidur tau waktu ni. post ni i taip masa pukul 10.00 malam tadi. 'benda' suruhan i yang publish post ni pada waktu ni. ha tegak la bulu roma la tu. 

belog i ni dah ada 'benda' lain tau. tiba-tiba ada tangan lain gatal menaip comment kat shoutbox i menyamar guna nama nyah siap pakai url belog i. lepas tu nak melaga-lagakan i. kau ingat i ni ayam laga ke? memang dasar tak da kerja lain kan. tak payah la nak menambah-nambah bahan perisa ye. hal rumah batu banglo i jangan la kau buat-buat sibuk. baik kau mintak maaf. bukan apa takut kau dapat dosa melaga-lagakan i tu je. kau rasa bersalah tak? bagus la kalau rasa bersalah, tapi kalau tak rasa apa-apa, i suggest kat kau pergi jumpa pakar sakit jiwa. malas la i nak panjangkan cerita benda ni. selagi tak porak poranda hidup i ni, selamat la kau si 'benda' bertangan gatal.

full stop pasal tangan gatal. masuk pada kaki dan mata gatal. yang berkaki dan mata gatal tu i. gatal nak merayap-rayap menghabiskan masa cuti kat kampung ni dengan kanak-kanak riang ria yang sentiasa berkepit dengan i ni. mentang-mentang cuti ni kereta i ada kat kampung, bukan main sakan lagi diaorang mengerjakan kaki i tekan pedal minyak jadi driver diaorang ke hulu hilir. macam-macam agenda ada dalam kepala bergeliga diaorang  tu. 

dan antara idea bergeliga tu mesti la mencuci mata yang gatal di cinema.


tapi i pun sebenarnya suka idea bergeliga diaorang tu. bosan melepak menganga je kat rumah. i pun dah jarang nganga depan tv sekarang. internet pulak slow je. so banyak masa i habis dengan berkuak macam-macam gaya je. bagus jugak melayan kepala otak bergeliga penuh agenda berpoya-poya kanak-kanak riang tu. lagipun rasa macam dah lama pulak tak habiskan duit dua tiga puluh kat cinema. 



ni last movie yang i tengok. masa cuti depavali lepas. dengan kanak-kanak riang berdua ni dan 'someone'. anies dengan p'qah tak ikut masa ni. plan asal nak tengok  \You Again, tapi sangat sedih semua cinema kat kedah tak tayang movie tu. benci tau! kempunan i nak tengok You Again tu. tunggu beli dvd jelah nampaknya. 

layankan jelah cerita estet. Ya Rabbi. speechless. payah betul nak buat comment pasal cerita tu. the best word yang i boleh cakap SENGAL! semuanya sengal. sengal yang negatif dan sengal yang positif. apa-apa kesengalan tu dapat la buat i gelak. 




i suka tengok wayang kat kedah sebab MURAH.  kalau kat JB tengok wayang berdua dah lebih kurang sama harga dengan tengok wayang berempat kat kedah. tapi yang tak bestnya, tak banyak pilihan movie.   seat d-8,d-9,d-10,d-11.. eh kenapa ada 4 seats. siapa punya seat lagi 1 tu. okey, teka sendiri ye.  i baik hati kasi klu ye. i bukan tengok cerita seram dan bukan tengok pada malam jumaat. sangat membantu kan klu i bagi tu.


selamat tidur dengan nyenyak *__*