orang gedik suka melayan mesti la dapat hadiah dari secret admire



home sweet home.. yeezzza!!
 i dah dapat bergolek-golek di bawah ketiak mak kat kampung halaman yang banyak buah pelam. 

Alhamdulillah pukul 5 pagi tadi i selamat jugak sampai rumah. macam-macam dugaan jadi semalam. dah gaya macam lebai malang pulak kisah i semalam. flight i sepatutnya pukul 10.55 malam. then masa sampai kat senai lebih kurang pukul 9.00 malam, i dah rasa tak sedap hati. jerebu tahap macam kabus kat cameron highland nyah. terbantut pemandangan mata. dan memang betul la pa i rasa. flight terpaksa delay sebab cuaca  teruk. terpaksa la i bergelimpangan kat airport. kesian jugak kat mak dengan abah yang jadi penunggu kat airport bayam lepas. harus la panas bontot menunggu i sampai.

lebih kurang pukul 1.30 pagi i sampai kat bayam lepas. rupanya tak habis lagi malang. i ingatkan dapat la i sampai rumah dengan kadar paling segera. tahap datuk nenek punya mengantuk mata i ni. kitaorang terpaksa  naik feri sebab jambatan pulau pinang ditutup start pukul 1.00 pagi sampai pukul 10.00 pagi esoknya. bertambah-tambah lambat sampai bila semua kereta berpusu nak naik feri. berjam-jam jugak la terkemut-kemut dalam jem. kesian kat abah semalam tahan mata. i dah semestinya tersengguk-sengguk. bila bukak je mata dah masuk simpang rumah rupanya. bertuah punya anak kan. 

pagi ni kepala semua orang dah ting tong. paham-paham jelah kalau badan penat sangat, then tak cukup tidur pulak. macam ada ambulans dua tiga buah keliling kepala ni. kepala ting tong sangat sesuai jadi alasan malas masak hari ni kan. ceh! macam la selama ni kau yang masak cik ada. ye-ye, i ngaku malas masak. tapi i rajin ke hulu hilir ke serata ceruk Yan untuk cari laksa tadi. malang lagi! dah serata ceruk cari, semua kedai tutup. benci betul tau. patah la hati nak makan laksa sedap hari ni. terpaksa beli kat kedai pilihan terakhir tadi. ceroi, tak feel langsung. 

kisah malang dah berakhir. cukup-cukup la cakap pasal benda tak best kan. sekarang cakap benda best pulak. YEEhaaaa. sekotak bungkusan misteri sampai tadi. jeng jeng jeng. bapak gila excited ni. mesti secret admire i kasi hadiah ni. ala, orang suka melayan, gedik-gedik macam i ni kan mesti la ada secret admire. harus la dapat hadiah misteri nusantara macam gini kan. berangan la kau cik ada. cantik ke kau? 



dup dap dup dap. sound effect bunyi nervous meneka apa ada dalam kotak tu. cepat-cepat, mari teka apa dalam kotak ni. tv plasma kah? kerusi urut ogawa kah?  imiganasi i tinggi tau, jauh lebih tinggi tarafnya dari ketinggian sebenar i. 

tengok pada cara i sengih dah dapat baca aras kegedikkan i kan *__* . 



i dapat teman peluk-peluk baru la nyah. gebu gitu. hadiah ni sebenarnya dari mamazakwan. hari tu i ada tulis pasal i menang contest kan. so ni la hadiahnya. terima kasih ye mamazakwan. harus la semakin berkobar-kobar semangat i nak join contest lagi lepas ni *__* 

budak kecik mimie awal-awal lagi dah lantik bear gebu ni jadi teman peluk dia. melepas i nak berpeluk dengan bear ni. tak pa la, rela berkorban demi adik kenek dirindui yang buat bulu mata i jatuh masa i kat JB. tak sabar nak memang contest lain pulak. gila riak punya statement kan nyah. hahaha *___*





6 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pinjam bear gebu semalam...
hehehe...

KimiCnoL said...

best ny dapat hadiah,,nak pinjam ;)
JOM BACE ENTRY BARU
"Kelebihan Ayat Ruqyah"

Anonymous said...

gedik ngn melayan ar lg,pastu mst dpt hadiah dr secrt admre yg btl....

ada mokhtar said...

kena berebut dgn mimie la senja and kimi.. hehe..


ye, baik en anonymous...

Anonymous said...

layan jgn x layan.....

ada mokhtar said...

yelah...