kedah hari ini


'neno neno neno neno'
rasa macam tiga empat buah ambulans tengah berpusing-pusing kat kepala i ni. pening sungguh. tersangat la penat sekarang ni.

Alhamdulillah semalam selamat sampai kat kedah. lebih kurang pukul 3pagi i dengan mr ehem sampai. kesian kat mr ehem jadi full time drive. i pulak dengan senang lenang nye boleh pejam mata pulak kan. nasib baik mr ehem kental je tahan mata *__*. sayang u lebih. 

sampai je rumah semalam terus hanyut atas katil. plan asal matahari dah tegak atas kepala baru nak buka mata, tapi tiba-tiba jadi baik la pulak pagi ni. i tak boleh bangun lambat. isshhhh mengada pulak mata ni. lepas makan tengahari tadi i dengan mr ehem keluar berdating. menyibuk pulak si kecik mimie dengan syima nak mengikut. layan filem estet kat Alor Star Mall. not bad. terbahak jugakla dengan lawak-lawak bodoh filem tu.

on da way hantar mr ehem ke shahab perdana tadi, kitaorang kena meredah banjir. i memang tak ingat langsung pasal banjir. ha padan muka. tak pasal-pasal je vivato hijau i kena meredah banjir. muka golap i ni bertukar jadi putih gak la risau enjin tiba-tiba mati. tak pasal-pasal kena panggil trak tunda pulak kan. Alhamdulillah selamat jugak kitaorang meredah banjir walaupun terpaksa berpusing-pusing sebab banyak sangat jalan yang ditutup. kepada sesiapa yang berhasrat nak guna lebuhraya Alor Star selatan, sila ubah fikiran ye. jalan ditutup tadi. sila cari alternatif lain. 

i dah tak larat nak taip panjang lebar. last word; mr ehem berhati-hati di jalan raya. selamat hari raya juga. nanti bawa bekal maruku untuk i ye *__*

ada sikit lagi; kepada mangsa-mangsa banjir, sila bersabar dengan dugaan ini ye. berhati-hati juga. jangan menggatal nak pergi mengail ikan. nanti tak pasal-pasal tergelincir pulak.

selamat malam *__*


1 comment:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

last tue pesanan seorg ticer yg baek..
hahaha...