kebahagiaan dalam perpisahan. eh silap. kebahagiaan dalam kejayaan.


Assalamualaikum!

 muka bahagiaan yang sedang dibuat-buat 


 wah gitu tajuk ala-ala lagu shahir af8 pulak kan. mentang-mentang la shahir sedang sakan dengan kereta BMW sekarang. mewah u. pandai je pulak bukak cerita gosip kan. i tengok melodi last sunday. ada cerita pasal si shahir ni. yelah dulu kan kereta canggih manggih fairlady dia accident. tak siap baiki lagi, dah pulak keluar cerita dia pakai BMW. hebat budak tu kan. ayah dia tan sri ke?

si shahir ni cakap kereta-kereta yang dia pakai tu bukan dia punya. semua harta orang. tapi orang tu baik hati kasi dia pinjam. yelah, kesian kan. mesti dia patah kaki sebab tak da kereta. baik orang tu kan kasi dia pinjam BMW. kalau kau atau i tak da kereta agak-agak ada tak orang baik hati nak kasi kita pinjam kereta BMW? BMX pun belum tentu orang kasi kan. yelah, si shahir tu siapa. artis meletop kot. tahap buat konsert kan London. tak kan la orang nak kasi pinjam proton waja je. 

cukup-cukup. terlebih sudah cerita pasal keraguan i pasal jawapan nak selamatkan diri  si shahir gigi besi yang kiut ni. mari buka cerita pasal mencari kebahagiaan dalam kejayaan pulak ye.

 muka yang ni nampak bahagia tak? tak nampak jugak ye. makna gayanya i kena mencari kebahagiaan dalam kejayaan la. 


tuah manusia kat dunia ni tak sama. ada yang gila payah nak berjaya dan gila payah nak bahagia. ada pulak penuh bunga-bunga bahagia tapi hidupnya sederhana je. ada pulak spesis manusia punya la gempak berjaya  tapi hidup tak bahagia. macam-macam kategori kan. untung bagi manusia yang terpilih bila dapat berjaya dan bahagia serentak dalam hidup. 

tak mustahil pun nak dapat kebahagiaan dalam kejayaan ni dalam hidup. cuma mungkin kena tambah bahan perasa sikit. jom baca beberapa tips mencari kebahagiaan dalam kejayaan.

1. andai kata kita dah berusaha tapi still hasilnya tak seberapa. makna lain tak berjaya la tu kan. please jangan berhenti kat situ. tapi cuba selidik kat mana punca kita tak berjaya. then start a new step. pegang kata-kata ni "usaha yang berterusan pasti akan membawa kejayaan". don't give up! 

2. perkata penting dalam kerja or apa-apa dalam hidup ni mestilah kena rasa seronok. tapi biasala kan, kadang-kadang mesti terdetik rasa tak seronok jugak kan. once dalam keadaan gitu, jangan terus layan perasaan  tak seronok tu. apa yang kita kena buat, cuba cari balik keseronokkan. create la suasana yang boleh kembalikan suasana seronok. 

3. kalau nak berjaya, jangan terikat dengan pemikiran yang lama ala-ala zaman datuk nenek dulu. keluar dari zaman kegelapan dan cari lampu. cuba create somethings new. yang lebih kreatif untuk rangsang diri sendiri. 

4. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. dalam nak capai yang apa kita mahukan mesti la banyak betul halangan yang wujud. berasap la otak kita berfikir macam mana nak selesaikan masalah. bila dalam keadaan bermasalah macam gini, cuba jadi orang yang berfikiran positif. jangan sesekali fikirkan alasan bagi masalah. tapi fokus untuk cari langkah penyelesaian walau dengan apa cara pun. 

5. kalau nak berjaya dalam apa pun yang kita buat, beri komitmen 100%. usaha dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah kebahagiaan dalam kejayaan akan jadi milik kita. 


alamak terpejam mata pulak. 


buat masa ni i sedang selidik punca masalah i, sedang cuba berfikiran postif, sedang mengingati detik-detik keseronokkan dulu, sedang cuba berfikir idea kreatif yang boleh i gunakan dan akan terus berusaha dengan komitmen 100%. i nak kebahagiaan dalam kejayaan juga. i sayangkan hubungan i dan i sayang kerjaya i.


peace no war!


2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pinjam spec...
hehehe...

Anonymous said...

dia nak ape,bgkan je....