asam pedas kegemaran Dr Puad Zarkashi



tayang gambar asam pedas ikan merah yang lazat lagi enak lagi menyelerakan dulu kasi meleleh air liur korang. haha. sungguh kejam perangai kan. nasib baik bukan bulan Ramadhan. tak pasal-pasal menambah sebakul dua dosa i kan sebab buat korang terliur miur. serius i cakap LAZAT!!


okey, i memang nak tayang kesedapan asam pedas lagi. nampak sangat la i penggila asam pedas kan. hari tu dah pernah story pasal asam pedas tetel kat melaka, hari ni nak story pasal asam pedas tambak kat batu pahat pulak. i suka share tempat makan ni dengan korang sebab sharing is caring kan. lagipun i dapat pahala sipi-sipi sebab mengenyangkan perut korang dengan makanan yang sedap kalau korang pun terus berlari pergi makan kat tempat yang i story morry tu. 



memang kena buang daerah kalau orang batu pahat sendiri pun tak tahu tempat ni. buang negeri pun i rasa berpatutan. gila kejam kan. ha tu la sebab i tak jadi hakim. i jadi cikgu je. lokasi asam pedas tambak ni kat tengah bandar batu pahat. sebelah pejabat pos batu pahat. depan sikit je dari dataran penggaram yang ada monumen pahat dengan tangan yang gah tu.


Dr Puad Zarkashi pun pernah sebut pasal kesedapan asam pedas ni masa kat parlimen. office UMNO batu pahat kat belakang kedai asam pedas ni je pun. memang sentiasa penuh je meja kalau datang waktu tengahari. selain dari asam pedas tambak ni, ada gerai-gerai lain lagi. gerai-gerai nis sederet. semuanya memang power rangers punya kuasa jual asam pedas.



asam pedas ikan merah untuk dua orang makan, telur asin, sayur kacang botol, nasi dua pinggan, air tea o ais dua. semuanya rm17.50. sangat-sangat berbaloi-baloi. yang paling meletup pemakan pilih kat sini isi ikan merah, kepala ikan merah dengan ikan pari. 



tunggu pa lagi, mari kita ngap. baca doa makan dulu ye sebelum makan. jangan share makanan korang dengan si syaitan. *__*


jom jalan-jalan cari makan lagi. 








5 comments:

faqhrule said...

patut makin chubby si udin!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

giler mcm lazat...

ada mokhtar said...

tgk sapa yang jaga.. hehe..

harus la lazat... ko kena try tau..

Nurul Kornain said...

mmg lazat.. aku jatuh cinta kt asam pedas sebab pegi kt gerai ni.

ada mokhtar said...

tau xpa... hehehe... nanti kena cari alasan lagi pi bp..