Aidiladha tanpa yang tersayang


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mak, abah, adik-adik, atuk, nenek dan sedara mara di kedah. terima kasih atas segala pengorbanan mak abah membesarkan kak selama ini. jasamu sangat ternilai. kepada adik-adik, korang jangan nakal-nakal ye. simpan daging qurban untuk kak sikit. 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada mr ehem. semoga segala pengorbanan kita selama ini membawa lebih keberkatan. sempena hari yang baik ni, jom la kita sama-sama buang yang keruh dan ambil yang jernih. 


ucapan hati hari raya yang penuh dengan sentimental value. bergenang air mata, hidung, jantung, hati i tau. 



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. semoga Aidiladha ini membawa lebih keberkatan juga kepada semua dan moga pengertian korban diteliti dan membawa pengajaran kepada semua.

terasa sayu je hati ni bila dengar kemerduan tadbir raya. sedihnya beraya tanpa keluarga dan dia. rindu!!!!!! ni la padahnya bila duduk jauh dari kelurga. dah tak dapat balik raya. alang-alang tak dapat balik raya, baik duduk luar negara je. baru style. ni macam lawak je bila sebut duduk dalam Malaysia, tapi tak balik raya.

tapi apakan daya. tak ada rezeki i nak makan daging qurban kat kampung kali ni. cuma dapat makan laksa penang buatan sendiri je malam tadi. beriya i dengan housemate berperang kat dapur memasak laksa tau. harus la sedap.

pagi ni bangun dengan keadaan agak sugul.biasa la bermuka buruk setelah bangun tidor kan.  selsema tak baik lagi. ditambah pulak dengan darah keluar dari hidung. termenung atas katil berfikir nak buat apa i hari ni. ke mana nak menuju ni. off course la termengeluh panjang. 



3 comments:

Balqees Amanda said...

betul..sayu..first time tak raya dengan family..

Sir Marcello said...

gua rileks jer...berpengalaman di perantauan...miyahaha~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xpe...
semua tue kan dugaan...
selamat hari raye...