Songs of the sea @Singapore


singapore update:

kalau dah ke singapore harusla pergi sentosa island. dan kalau dah sampai sentosa island jangan lepaskan peluang tengok songs of the sea pada waktu malam. selain mencuci mata menambah dosa kat pantai pada siang harinya. wwwuuuuuu seksi meksi betul awek-awek kat pantai. boleh pulak buat aksi ghairah-ghairah dengan pasangan diaorang. ISHHH!!! "syurga dunia, neraka akhirat". okey dah lari tajuk ni. 

gambarajah wajib. bukti i dah pernah sampai kat situ *__*

persembahan muzikal berwarna-warna di tepi pantai ni memang menarik. masa persembahan baru mula otak i tak habis-habis fikir macam tak best  je songs of the sea ni. lebih kurang macam persembahan kat cowboy town agaknya. then when the show starts, ha ambik kau! memang layan. telopong mulut, mata tak berkelip. 

sangat cantik mainan lampu-lampu seiring dengan lagu-lagu nya. menyentuh kalbu la segala effect lampu dan airnya. masa effect api-api keluar, i boleh rasa bahang panas api tu.. canggih weh! dah sah-sah la dapat tepukan gemuruh dari penonton kan.

show ni mula pukul 7.40 malam dan habis lebih kurang pukul 8.30 malam. sekarang ada additional show pukul 9.40 malam. harga tiket cuma $10 per person. duit Malaysia lebih kurang RM24. ala lebih kurang harga masuk cowboy town jugak.

layan jelah gambar-gambar yang i sempat tangkap. terpaksa pinjam camera orang lain sebab slr i dah habis bateri masa show ni. time show best ni la jugak bateri habis. nyampah tul.







more information search ; songs of the sea