selesai sudah


Alhamdulillah, dalm kesibukan yang konon-konon amat sangat tu, sempat juga i mengerjakan bilik i tanpa bantuan bibik. bibik sekarang bukan main demand. ada ke patut mintak i sediakan kos pengangkutan dari airport. nak naik limousin je. lepas tu kos penginapan setaraf 5 bintang blink blink. kos komunikasi nak dengan suami sanak saudara kat surabaya lagi. kos makanan tiap2 hari drive thru mcd. dasar demand mengalahkan mariah carey je bibik sekarang ni. so terpaksa la i keluarkan peluh sendiri terbongkok, tertonggeng, panjat kerusi, meniarap bawah katil semata-mata nak benteras habuk-habuk degil dalam bilik i tu. 

maka hasilnya;

cicak ni tersepit di celah almari. atas dasar kesian i jadikan dia hiasan pada cermin. asal boleh je kan *__*

rak mini yang selalunya tonggang langgang sudah menjadi sedikit teratur.

tudung lama tu i reuse jadi kain alas. bunga tu mr ehem bagi. banyak lagi sebenarnya jambangan bunga kat dalam bilik i. ala yang dapat masa konvo dulu. yang lain-lain i letak atas almari baju. nak kurangkan kesemakkan and jimatkan ruang. 

 sumbat segala charger, wayar dan sewilayahnya dalam bekas macam gini. ni baru 1 bekas, ada lagi tau bekas-bekas lain. i reuse kotak-kotak dengan bekas-bekas yang budak-budak hadiahkan masa hari guru dulu. 

 buku-buku untuk mendapatkan mood sebelum tidur. magazine i tak simpan dalam bilik, semuanya i letak kat ruang tamu kat bawah. dapat kurangkan barang dalam bilik kan. i tak suka bilik i penuh barang. rimas..

 segala buku-buku dan dokumen penting dalam kotak ini. sila jangan rompak kotak ini ye. ia akan sangat menyusahkan i. 

    ni pulak konon-konon macam meja solek i la. segala barang-barang make-up, personal i  simpan kat sini sementara waktu i beli meja solek. 

sejuk  hati bila mengadap benda-benda ni *__*  Qur'an kena letak depan-depan mata, baru sentiasa ingat. maklum la manusia kan. 

 ni paling penting. tempat berguling-guling dan berkuak lentang. i sentiasa rindu tempat ni.

update belog je kerja, ha ambik kau buku-buku tu belum bertanda. bila nak siapkan ni? ada siapa-siapa boleh motivatekan diri i untuk tanda buku-buku ni tak? jangan suggest guru besar i ye. =P

dah masa tidur. selamat malam


3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tue kalau bersih...
aku nak bayangkan kalau xberkemas...
mcm mane la eh...
huh...
susah nak bayangkan...

butterflyana said...

mcm entri fatin liyana sikit.
haha suka pink jugak!

ada mokhtar said...

usah dibayangkan senja.. hehehe...
hidup pink =)