sakitnya tergigit lidah

i tengah beremosi. i terasa hati dengan u. u pun mesti kata benda yang sama sekarang kan. ye, u sensitif, so mesti la u lagi cepat terasa dari i. u mesti tengah fikir i degil. tak dengar cakap u. suka melawan. tak kesiankan u. pentingkan diri i sendiri je. tak buat u happy.

semua i yang salah kan. 

ada reason i tak nak ikut cakap u. tapi u tak nak terima langsung reason i. padahal i tau u memang dah maklum. tapi u saja je buat-buat tak paham dan tak pernah terfikirkan. 

i frust! i terasa hati! i makan hati!
sebab u ada ego dan sensitif,so  i ikut je cakap u. now u dah boleh puas hati. i menurut perintah. tak kan membantah lagi after this. keputusan u dah muktamad. so lepas ni u bagi arahan jelah kat i. tak payah guna ayat tanya kat i lagi ye. nanti i bagi jawapan yang salah u terasa hati pulak.

selamat malam. Assalamualaikum.