conteng-conteng


malam ni nak story kisah conteng menconteng. ini bukan conteng-conteng yang biasa tau. setakat conteng buku, conteng tandas malas i nak cerita kan. ni kisah menconteng arang dimuka. "berani kamu menconteng arang dimuka kami..bla..bla..bla.. " dah selalu kan dengar ayat macam gini dalam drama. cerita i malam ni bukan drama tau. juga bukan fake macam kisah fida aisyah yang ramai betul orang ping kat GB. no! no! no! i tak berdrama.

selama ni kamu budak-budak suka buat cikgu naik angin kan. tak mau dengar cakap cikgu. tak buat kerja sekolah. buku latihan cikgu kamu buat jadi buku conteng je. cikgu berbuih-buih mulut mengajar kamu main kat belakang. bila cikgu soal balik ternganga-nganga tak tahu nak jawab. bila dah dekat UPSR baru nak meraung-raung datang mintak ampun konon-konon nak cikgu doakan kamu dapat result cemerlang. off course la cikgu doakan kamu walaupun perangai kamu-kamu tu buat cikgu geram macam nak kena penyet hidung kamu je.

dan sekarang tiba masa cikgu nak kenakan kamu-kamu pulak. hahahaahahahahahahaha padan muka kamu-kamu. kamu suka conteng buku, conteng tandas kan. sekarang biar cikgu pulak rasa seronoknya menconteng. dan dengan seronoknya cikgu upload gambar kamu-kamu kat sini. *__*

 hasil contengan karya cikgu-cikgu.









sudah puas menconteng, harusla bersihkan balik. SEMBUR mereka!!!!

 ha bukan senang kan nak dapat rasa mandi beramai-ramai macam ni. mesti kamu-kamu ingat sampai umur tua nanti kan. 



dan hasilnya, mereka ini sangat gembira diconteng dan disembur


get ready budak-budak darjah 6 tahun depan. siap sedia untuk diconteng ye *__*

huh~ nasib baik cikgu sekolah rendah i dulu tak dapat idea nak conteng muka i macam budak-budak ni. memang sampai mati i tak kan lupa kalau kena conteng macam ni. 


4 comments:

d_LA said...

hehe..nakalnye cikgu ada..sbb tu anak murid pun nakal..haha..janji hepi kan :P

ada mokhtar said...

hehehe.... dah habis exam biasala kan.. enjoy jelah...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

prebet mane nieh...

ada mokhtar said...

prebet kecik yang nakal..hehehe