belog baru cik ada mokhtar


Assalamualaikum, salam sejahtera

Bissmillahirahmanirahim. Alhamdulillah siap juga belog baru i ni. mengumumkan kelahiran belog baru i. nama tetap sama cuma tambah cik je. may be i akan ubah lagi bila i dah jadi puan nanti. kalau jadi hajjah pun i akan tukar. then kalau jadi datin pun i akan tukar dan seterusnya. 

memandangkan belog baru ni baru lahir so masih dalam tempoh berpantang lagi la ye. erti kata lain i tengah cuti bersalin. no no, itu hanya merapu. maksud sebenar i belog ni masih under construction. belum complete sepenuhnya. akan diusahakan sikit-sikit ye. template belog ni sama jugak macam tu. buat masa i hati i berkenan dengan template pink ni je. 

kenapa i buat belog baru? sebab i malas nak fikir banyak pasal kembar belog lama i. tak tahu cerita ek. nah baca ni. link belog lama i. i rasa paling senang i create je belog baru dengan nama baru. tak da la nama baru sangat pun cuma penambahan gelaran je. dah nama i ada mokhtar tak kan i nak tukar jadi nama sameon or bella pulak. nanti marah pulak orang nama sameon dengan bella tu. 

so, enjoy blogging. ceh! ayat macam la ramai yang baca belog i kan. segala kesulitan amat dikesali.