Salmon Grill Mudah

Assalamualaikum

Hi, sejak anak I kena eczema, tahap kerajinan I masuk dapur dah bertambah sekali ganda. Terpaksa merajinkan diri untuk pastikan anak I makan makanan yang healthy.

Memandangkan skill memasak I tahap murid tahun 1 je kan, so menunya pun yang mudah yang amat tahap pejam mata pun boleh masak 😅.



Menu hari ni adalah taraaaa Salmon Gril Murid Darjah satu..haha.. Tak buat sos pun sebab pemalas. 

Bahan :

Salmon
Blackpaper 
Mixed herbs
Garam
Garlic

Cara :

Marinated semua bahan tu dalam setengah jam kemudian masak je salmon atas pemanggang ajaib. Tak perlu lama sangat untuk elak overcook. Tak sedap nanti. 





Alhamdulillah walaupun masakan tahap cincai-cincai je tapi perut anak kenyang. Haha.. Masa memasak tu baca la doa hembus-hembus sikit mudahan anak jadi anak yang baik. 


Sekian cerita hari ni. See ya :)




Life Updates


Assalamualaikum. 


Hi semua.
Ha akhirnya berjaya timbul selepas lama tenggelam. haha . tak sangka  life as a mom super duper kelam kabut. Ini baru ada sorang anak. I tabik hormat pada mom yang ada ramai anak dan dapat uruskan rumahtangga dengan baik. 



Budak ni dah nak masuk 10 bulan. demam sejak semalam. nak dapat berjalan or tumbuh gigi agaknya.  Life I dengan Adin sekarang bertumpu pada budak manja ni. Tiap-tiap hari berperang, bergusti dengan dia. haha . .


I dengan Adin baru buat bisnes sewa canopi sekitar negeri sembilan. Seri Teduh Canopy. Dah masuk 2 bulan actually. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan. Penat sampai Adin demam menggigil kot. haha .. 

Gigih kan laki I kerja :)




Itu jelah yang terkini dalam kehidupan I sekarang. see ya :)


Terkini



Assalamualaikum



Update ringkas & padat yang terkini. weeeehuuu lama nyah I tak menaip kat sini. gatal jari-jariku. haha . . 


#1 . 
I dah jadi umi. Alhamdulillah I dah melahirkan baby girl nama Hania Fathia. Baby dah umur 4 bulan pun :) 




#2 . 
I masih kat Johor dengan baby. Husband pulak kat N9. tapi!!! Alhamdulillah ada berita baik. Next year kami dapat tinggal sebumbung. I dapat pindah ke N9.



#3. 
Sk Felda Lui Selatan sila  tunggu kedatangan I. Hahaha. masuk felda baqhang! 




sekian, update ringkas dan padat. nanti I curi-curi masa update blog lagi ye. Banyak betul story nak share ni. haha. Assalamualaikum. 


## I banyak update kat IG. @adamokhtar